Friday, July 8, 2011

Kerana Aku Sayang Kamu

  •  Diamku tak bererti aku membenarkan
  • Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
  •  Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
  •  Bukan juga melukakan
  •  Tapi kerana aku amat menyayangimu
  •  Maka aku cuba sedaya yang termampu
  • Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
  •   Di bumi yg terbentang luas ini
  •  Kerana sayangku kepadamu
  •  Maka aku cuba... dan terus mencuba!
  •  Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
  •  Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
  •  Andai aku jumpa jalan
  • Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
  • Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
  • Terguris dengan tindakanmu
  • Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku 
  • Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
  • Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
  • Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
  • Namun tiba-tiba aku sedar
  • Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
  • Aku sama saja sepertimu
  • Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
  • Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
  • Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
  • Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
  • Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
  • Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
  • Tak mahu..!
  • Kerana aku sayang kamu..
  • Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
  • Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
  • Aku akan terus mencuba
  • Kerana aku sayang kamu, sahabatku!


0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates