Friday, December 23, 2011

jika ...


Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ………
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh….
cukuplah sekadar keperluanmu. …
Apabila sekali ia retak….
tentu sukar untuk kamu menambalnya
 semula….
Akhirnya ia dibuang….

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….

Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya….
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi…yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain…
Kamu juga yang akan MENYESAL…..



Cintai aku sebenar-benarnya...

renung2 kan dan selamat beramal  .. :)

Status-Status Lawak .. ahahahah



YOUTUBE : aku ada semua benda yang orang nak tengok .
GOOGLE : aku ada semua benda yang orang nak cari .
FACEBOOK : aku boleh buat orang kenal sesame sendiri .
SKYPE : aku boleh bagi orangg call di seluruh dunia.
INTERNET : tanpa aku , korang semua tak ade tahu .
ELEKTRIK : kau pon samea INTERNET , tak ade aku , kau macam boleh hidup .
PEKERJA ELEKTRIK : korang boleh diam tak ? kang aku tak betol kan tiang elektrik niey , semua hilang .

*****

NI KISAH BEDAH BERUMUR 7 TAHUN.
Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall…
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap
kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah
bapak dia….
” Pak, itu amenda pak?”
Bapak di jawab,” Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh….”
Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi kedinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!!
Keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN…
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah…
“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT!!!

*****

Boy : You are , ABCDEFGHIJK .
Girl : What does it mean ?
Boy : Attractive , Brilliant , Cute , Darling , Elegant , Funny , Gorgeous , Hot .
Girl : Aww , sweet . What does IJK mean ?
Boy : I’m just kidding , ahaha :p
Girl : LMN .
Boy : what ???
Girl : Lempang Muka Nak ?
Boy : =.=”

*****

cikgu: arip, knp kamu dtg lewat hari ini?
arip: hujan lebat ckgu..
cikgu: semalam, knp awq x hadir?
arip: hujan, cikgu..
cikgu: aik, hujan juga. abis kalo tiap2 hari hujan?
arip: banjii, cikgu..
cikgu: @#%@#%@#%
*****
Di sekolah tabika.
Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri : Tak. Atuk saya….

*****

Duit dan air….
Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

*****

Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti. Dengan muka tidak bersalah penuggang tersebut berkata, ‘Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…”

*****

4 orang pemuda duduk bertentangan di dalam sebuah keretapi.. seorang warga Amerika, seorang Kongo, seorang Bangladesh dan seorang Malaysia..
Sedang dalam perjalanan, warga Amerika tu mengeluarkan 100 us dollar lalu dibakarnya utk menghidupkn rokok..
semua terkejut dengan tindakan si Amerika dan belum sempat bertanye, si Amerika ni kata ” its ok.. too many DOLLARs in Amerika,”..

tanpa mengendahkan kata2 si Amerika tu, si Kongo pula mengeluarkn sekotak cigar yg termahal didunia.. di bakarnya satu dan yg lain dibuang ke tingkap.. tersentak dengan tindakan si Kongo ni, si Amerika bertanye, “why??,”.
si Kongo menjawab,” there is too many cigars in Kongo”..
si Malaysia dan si Bangladesh terpinga2 dengan perbuatan mereka td..
belum sempat si Bangladesh kata apa2, si Malaysia terus campak si Bangladesh keluar tingkap.. dengan slamber berkata “nevermind… too many Bangla in Malaysia,”….

*****
Kelebihan wanita: mengandung dan menambah bilangan manusia. 
Kelebihan lelaki: buat perempuan mengandung

*****

anak : mak, apa dalam perut mak tu?
mak : adik hang laa
anak : mak benci adik ke?
mak : ehhh,mak tak pernah benci anak mak.
anak : dah tu , kenapa mak telan dia?…
mak : kalau aku tampaq hang jangan tanya pasai pa nohh…
haha .. aptb !

*****

Boy: I love u !
Girl: Shut up!
Boy: I need u !
Girl: Shut up!
Boy: I miss u!
Girl: Shut up!
Boy: I want to marry u !
Girl: Really ?
Boy: Shut up!!!!
muahahaha..amik ko…

*****

Percayakah anda…perempuan lebih kedekut dari lelaki..ini dapat dibuktikan apabila mereka tidak sanggup membenarkan suami mereka kawin lebih dari 1….tapi berbeza dengan lelaki..mereka sanggup membahagikan kasih sayang mereka sehingga empat!…

*****
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”


Saturday, December 17, 2011

Cinta Sejati Tidak Akan Datang Bergolek...


Cinta Sejati Tidak Akan Datang Bergolek...



Mencari teman lelaki untuk dijadikan suami merupakan satu pengembaraan yang sangat mencabar. Ia bukanlah boleh dilakukan dengan sambil lewa tetapi perlu dilakukan dengan serius. Ramai wanita yang tersilap memilih pasangan dan akhirnya perhubungan mereka di akhiri dengan perpisahan.

Berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), 19.23% penceraian berlaku keranatiada persefahaman! Menarik bukan, fakta telah menjelaskan segala-galanya bahawa ramai wanita Malaysia tersilap mencari teman hidup mereka yang akhirnya tiada persefahaman lagi.

Fakta yang awak perlu tahu...


 beberapa fakta yang akan buat awak terkejut. Kita mulakan sekarang...

  • Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.
  • Awak tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.
  • Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!
  • Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.
  • Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.
  • Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.
  • Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!!
  • Minda awak adalah aset yang terbaik.
renung2 kan.. dan selamat beramal .. :)

Saturday, December 3, 2011

eraKUpUNYERpAsAlLarblogg

eraKUpUNYERpAsAlLarblogg

sketsa pilih kekasih

 kita ni takat golongan remaja-remaja,
 kalau bercinta tu perkara biasa lah kan.
 makin hari orang kata makin sayang. 
ila makin sayang tu rindu makin membara. 
sebagai insan biasa, kita ada naluri untuk hidop bersama. 

tapi, hidup sebagai manusia yang berlandaskan ajaran dari
 penciptanya, kita mesti mencari seseorang yang boleh membawa kita. 
andai kata kita orang yang lama ikot arus dunia, 
kita perlukan seseorang untuk memimpin kita.
 jangan pulak kita cari orang yang menyesatkan diri kita.

entry hari ni, aku tak mahu merapu banyak. ni sketsa kehidupan. 

layan....

*******************************************************************


KENAPA LELAKI MACAM GINI

"you...you pandai masak tak? kalau you pandai masak,
 you ada ciri-ciri pompuan yang i suka tau...
i suka pompuan yang pandai masak. nanti dah kawen senang lah,
 makan masakan isteri je. tak payah i nak 
merempat kat kedai mamak lagi dah..."



********************************************

KENAPA POMPUAN TAK MACAM GINI

"you.... malam ni, mak ngan abah i 
ajak you makan kat rumah.
 lepas makan, kita solat sama-sama. 
you jadik imam ye? you boleh imamkan family i tak? 
kalau you 
boleh imamkan kami sekeluarga, 
you ada ciri-ciri suami idaman i tau...."



******************************************************

jantan-jantan yang ada ni akan jadi 
ketua keluarga satu hari nanti. 
aku tak nafikan memasak tu penting untuk wanita.
 kalau sorang wanita masih tak tahu memasak, 
agak ada kelainan disitu. tetapi, 
tak tahu memasak tak lah sama serious dengan
 tak tahu jadi imam. kalau ketua keluarga 
sudah berjalan hincut-hincut, 
macam mana pulak cara berjalan si anak-anak nanti..?



peringatan: selalu orang pilih berdasarkan pakej luaran. 
pakej dalaman yang payah nak cari tu, diambil mudah sama 
sekali. ye tak?

so.. renung2 kan dan selamat beramal .. :)

Friday, December 2, 2011

Petanda wanita jatuh hati


Petanda wanita jatuh hati


1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

Template by:

Free Blog Templates