Sunday, March 27, 2011

Cerpen:Berhenti Menjadi Penunggu - Dan Menunggu Untuk Jadi Penunggu Untuk Dan Terus Tunggu

Hari ini
Saya melepaskan jawatan
Dari segala jawatan yang telah diberikan
Setelah sekian lama menanti jawapan
Saya letak jawatan

Saya dengan ini meletakkan jawatan
Sebagai orang yang mengharap
Dan jawatan ini
Akan kekal kosong

Sehingga bila ada yang mengisi jawatan ini nanti
Ingin aku berpesan
Menunggu tunggul untuk berbuah
Menunggu pokok untuk berjalan
Menunggu batu untuk bercakap
Sama seperti menunggu jawapan

Dengan ini saya melepaskan jawatan
Sebagai seorang penunggu
Tetapi sementara tidak menunggu
Saya menunggu lagi
Agar ada jawatan kosong sebagai penunggu
Untuk saya tunggu

Sementara itu,tunggulah
Jawapan yang tak terjawab
Kata yang tak terkata
Ayat yang tak terayat
Tunggu yang tak tertunggu


Aku sudah penat untuk menunggu. Orang datang dan pergi. Sesuka hati. Sedangkan aku terus menunggu kepada orang yang tak kunjung tiba. Orang datang dan terus pergi - mereka ada tujuan yang lain untuk hidup.Aku - masih setia menanti satu benda yang tak pasti.

Sudah lama aku menunggu - aku tertanya-tanya apakah kau turut menunggu aku? Aku masih memegang janji - pada hari hujan itu. Terus memegang janji. Bagaimana dengan kau?Walau sekian lama pun aku berdiri akhirnya lutut aku akan lemah dan jatuh ke bumi. Berapa lama lagi aku harus tunggu.

Kalau kau nak tahu - di stesen kereta api ini aku dicengkam kesunyian. Orang datang dan orang pergi. Bertanya apa aku buat di sini - siapa yang aku tunggu. Pada akhirnya dia sendiri pun tak sanggup menunggu namun aku tetap setia di sini. Mereka semua pergi kerana punya tujuan hidup - tetapi tujuan aku hidup hanya untuk kamu. Dan aku terus menunggu kau disini untuk menuntut janji yang kau berikan pada malam itu.

Kalaulah aku keluar dari stesen keretapi ini - aku takut kau akan kembali dan mencari aku. Tapi,berapa lama lagi aku harus tunggu? Atau kau mahu aku keluar dari stesen ini,lupakan kau dan mencari hidup baru? Aku hidup untuk kau.

"Dan bila kau bahagia nanti, akan aku lihat matamu dan pada masa itu, aku mati pun takkan aku menyesal."

Ya - ini apa yang aku kata padamu. Aku cuma mahu lihat kau bahagia. Aku tak mahu melihat kau menderita seperti malam itu. Aku pun sudah lupa bila siang bila malam kerana aku tahu - aku hanya menunggu kau.

Ada yang datang kepadaku dan berpesan, "masih ramai lagi gadis yang kesepian yang dambakan cinta agung dari kau, kalau kau keluar dari stesen keretapi ini kau takkan rugi apa-apa. Lupakan Lisa, barangkali dia sudah bersama yang lain. Kalau kau keluar kau akan bertemu dengan lebih baik dari Lisa. Mungkin bidadari - siapa tahu"

Ah - hidup ini penuh dengan pengharapan. Manusia ditiupkan roh oleh Tuhannya dengan harapan dia akan berlaku baik sepanjang kehidupannya. Bila dia keluar dari perut ibunya - dia ditatang bagai minyak yang penuh agar dia berlaku baik sepanjang kehidupannya. Tidak ada siapa yang akan tahu apa nasibnya pada hari akan datang kelak? Apakah dia akan terus berlaku baik - atau akhirnya dia lakukan kehancuran?

Mereka yang datang berjumpaku datang dan menyuruh aku berhenti menunggumu. Ada yang mahu bersamaku, bila aku ceritakan kisah cinta agung kita - walau seketika. Tapi aku menolak walau dia seorang bidadari sekalipun. Kerana di dalam hatiku cuma ada kau. Kerana di dalam hidupku aku cuma ada kau. Aku akan terus menunggu kau disini sehingga kau datang - kerana kau berjanji, kau akan datang. Aku percaya kau akan datang.

Hidup ini penuh dengan pengharapan. Kalau aku keluar dari stesen ini mungkin aku dapat mengubat kesunyian hidup aku. Keretapi ini tidak bergerak sejak dari dulu lagi. Keretapi ini hanya akan bergerak membawa kita pergi - menuju bahagia. Kita mahu menuju bahagia. Kemana arah bahagia itu? Jangan ditanya - aku tak kemana-mana!

Kaki dan tangan aku dirantai oleh janjimu. Aku setia berdiri dan terus menunggu. Kalau aku keluar - aku mungkin dapat akhiri kesepian aku, tapi aku cuma mahu menuju bahagia bersama kau. Aku terus tunggu dan tunggu. Dan aku akan terus nikmati kesepian ini walau berapa banyak lagi peluang harus aku lepaskan untuk mengakhiri penyeksaan dalam penantian ini.

Tapi berapa lama lagi? Aku sudah penat. Aku sudah hilang daya. Aku rasa kau pun dah tak mahu aku menunggu lagi. Aku fikir kau pun tak mahu aku terus disini - mengenang cinta yang telah gagal. Ya - kau gagal datang di sini. Aku tak tau apa yang terjadi kepada kau. Aku cuma mahu menunggu.

Hidup ini penuh dengan pengharapan. Telah dikhabarkan - jika aku keluar dari stesen keretapi ini - aku akan menemui bahagia. Itu semua hanya pengharapan. Harapan ini pada akhirnya hanya ditagih dengan orang yang hidup dalam kerugian. Harapan ini terbit hasil dari keinginan kau mencapai sesuatu.

Seperti batu-batu di gurun - pada akhirnya ia akan pecah menjadi debu pasir. Walau setegar karang sekeras batu gunung akhirnya aku hancur jua. Akhirnya aku jatuh dan menangis aku dalam kesepian. Tidak ada siapa yang akan mendengar. Tidak ada siapa yang mahu mendengar.

Dan hari ini - aku merangkak keluar. Dan jika kau hadir selepas ini, aku tuliskan pada dinding-dinding stesen keretapi terbiar ini, yang menjadi saksi selama aku menunggu kau, maafkan aku - kau adalah cinta yang paling agung untuk aku - tetapi aku tak mampu memiliki. Dan jika kau datang dan menuntut janji, sila cari jejak-jejak seretan lutut aku berjalan di pasir-pasir itu - dan aku akan terus seretkan kaki ini, walau berat terus menyeret - seperti berat kehidupan ini.

Aku harap kau tahu yang aku sangat mencintaimu, walaupun aku tahu - kau tak bisa aku miliki. Dan jika kau temui aku tergantung di atas tiang elektrik, hanyut di dalam sungai, atau tangan terkelar atau digilis keretapi - maafkan aku, aku telah gagalkan kau. Kerana cinta aku setia menanti. Tapi badan ini tak mampu menanggung lagi. Biarlah aku akhiri kehidupan yang gagal ini sebegini.

Itupun - jika kau peduli - kewujudan aku - seperti cinta kita pada malam itu.

Hidup - hidup penuh dengan harapan, akhirnya harapan itu menikam kita dan menghancurkan hati kita - yang tinggal hanya kenangan dan tangisan. Maafkan aku, aku sayangkan kau.

Aku tak mampu berjalan lagi. Seretkan lutut ini selagi kudrat masih ada. Dan hujan itu - turun lagi.

.. to be continue

Tuesday, March 22, 2011

Bila ujian cinta menjalar,di mana panduannya?

Menduakan Cinta-Nya





“Salahkan bercinta?Allah yang hadirkan cinta, tak kan tak boleh layan?”
“Kalau tak boleh bercinta, macamane nak kenal bakal pasangan?” 

 
Begitulah antara keluhan remaja kita.Banyak persoalan diminda yg masih belum terjawab.Siapakah yang akan menjawabnya?Adakah pengalaman orang dewasa disekelilingnya atau hanya mengikut logic ?

SYIRIK CINTA 


Selalu kita diingatkan agar tidak syirik.

Ada apa dengan syirik?

Syirik itu menduakan Allah.Menyembah selain Allah.Ia dinobatkan raja segala dosa besar.Dosa yang tidak mampu diberi ganti rugi untuk membeli kemapunan Allah.

Mengambil sesuatu yang selain daripada Allah s.w.t. sbg sumber kecintaan paling utama dalam hidup bererti menggantikan tempat ALLAH S.W.T dangan selain-NYA.Allah s.w.t mendedahkan kepada kita fi kitab Al-Furqan melalui firman-Nya bermaksud :
     "Dan antara manusia ada orang yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan.Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah.Adapun orang beriman sangat cintanya kepada Allah.Dan jika seandainya orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika melihat seksa(pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah maat berat seksaan-NYA(nescaya mereka menyesal)”      (Surah Al-Baqarah:165)


    Para ulama, ketika membincangkan ayat ini menyebut tentang KESYIRIKAN DALAM CINTA atau digelar sebagai syirik al-mahabbah.Manusia menduakan cinta pada ALLAH dengan makhluk seangkatan dengannya.

  Bagaimana dengan cinta makhluk pada saat ini?Adakah ia menjadi alat untuk kita lebih dekat pada Allah? ATau adakah ia menjadi matlamat yang kita damba-dambakan sehingga melupukan Allah? Semakin besar cintamu kepada Allah,semakin kecil nilai makhluk kepadamu,apetah lagi untuk menjadikannya tandingan kepada Allah untuk diangau-angaukan.

    Ketika cinta berkuasa,diri menjadi bingung.Gundah-gulana.Resah melanda.Banyak urusan tergendala.Apa yang dibuat serba tak kena.Merebak rasa malas.Membara rasa segan jika orang tahu tindakan yang pernah dilakukan.Maksiat demi maksiat mula meratah iman dan kesedaran.Menyimbah nur dengan kegelapan.Hati menjuih tatkala mendengar  kebenaran.

Aduhai hati,takutlah pada syirik cinta !

Jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati kerana aku tidak sanggup memiliki hati yang mati.



MENTERJEMAHKAN Cinta dengan Jalan-Jalan “Taqrabu al-zina”

Ya, bukan Allah tidak tahu hatimu cenderung pada si dia.
Bukan Allah tidak memahami kau selalu merinduinya.
Bukan Allah tidak mengerti bayangannya sering singgah dimindamu.
Semua itu fitrah.Setiap fitrah ada peraturannya.Kenapa?
Supaya fitrahmu itu tersalur secara mulia dan diredhai-NYA. 

Bagaimana menghadapi ujian ini? Agar fitrah tidak jadi fitnah.Agar fitrah mendapat barakah.Bagaimana caranya?Kenalpasti dahulu tahap kesediaanmu, wahai remaja.


Dirimu sedang sibuk dengan pelajarankan?
Dirimu belum bersedia untuk berumahtanggakan?
Dirimu sedang mempersiapkan dirikan?
Dirimu sedang mengutamakan priority yang lebih pentingkan?


Kalau dirimu dalam situasi ini, jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala apabila kau perisaikannya dengan MUJAHADAH.


Apabila angau bertandang , cepat-cepatlah beristighfar kepada Allah.Kita beristighfar bukan kerana rindu itu satu dosa sebaliknya bimbang zina hati akan menjalar.Sibukkan diri dengan aktiviti2 yang boleh membina diri.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa,Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

        “Setiap bani adam memiliki peluang utnuk berzina.Kedua-dua mata itu berzina dan zinanya adalah dengan melihat.Kedua-dua kakinya juga berzina dan zinanya adalah dengan berjalan.Mulut juga berzina, dan berzinanya adalah dengan mencium dan hati itu juga berzina dan zinanya adalah hawa nafsu dan angan-angan.Ttetapi kemaluanlah yang akan membenarkan atau menginkari zina tersebuT "  (Riwayat Ahmad) 
                                                               


Gentarlah pada firmannya yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina.Sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji.Dan suatu jalan yang buruk” (17:13) 
                                                              

 
Para ulama menjelaskan bahawa firman Allah s.w.t “janganlah kamu mendekati zina” maknanya lebih dalam daripada “janganlah kamu berzina”. Firman Allah tersebut bermakna “Dan janganlah kamu mendekati sedikit pun juga dari zina” (Tafsir al-Qurtubi) Yakni,janganlah kamu mendekati apa-apa yang berhubung dengan zina dan apa-apa yang membawa kepada zina, apetah lagi sampai berzina.


Setelah Islam memberikan panduan,wajarkah meyalurkan fitrah cinta dengan
  •  Jalan-jalan yang menghampiri zina?
  •   SMS bertali arus tanpa keperluan
  •   Call siang malam tanpa urusan
  •   Chatting kosong tanpa isi
  •   Dating bertemankan syaitan
  •   Pandang-pandang tanpa pagaran
  •   Khalwat di tempat-tempat sunyi
  •  Berbual-bual,bincang-bincang,tanya2 khabar tanpa sepadan
  •   Menghalalkan ikhtilat dengan istilah adik angkat,abang angkat dan banyak lagi

Template by:

Free Blog Templates