Thursday, May 10, 2012

Ian plant landscapes | Best Photo Site

Ian plant landscapes | Best Photo Site

Monday, April 16, 2012

Cara Menjawab Telefon Paling Kerek ..haha~









1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.

2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap

9. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)
.
p/s : Jom share dengan rakan-rakan facebook anda

jaga kata-kata dan jaga tindakan







Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni” Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku” Pad...ahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

Bila jumpa status ni, orang akan baca dan membiarkannya begitu sahaja. Padahal kita tak tahu dengan SHARE atau COPY benda ni kita dapat memberi kesedaran kepada orang lain sekaligus diri kita sendiri.

P/S : Kesimpulannya, jangan terlalu mudah membuat andaian... Jaga minda, jaga kata-kata dan jaga tindakan..JAGA HATI :)

Sunday, April 15, 2012

Lelaki yang kacak




Lelaki yang kacak.
.
Lelaki yang kacak… lelaki yang tidak akan mempermainkan perasaan wanita.. tidak akan menabur janji-janji manis.. tidak akan membiarkan wanita menangis teresak-esak kerananya.. tidak akan mengkhianati kepercayaan orang lain.. kerana dia takot pada balasan Allah..
.
Lelaki yang kacak.. lelaki yang tidak akan menipu demi kepentingan diri sendiri.. tidak akan mempergunakan orang lain untuk kesenangan dirinya sendiri.. tidak akan menindas orang yang lemah daripadanya.. kerana dia takot pada balasan Allah..
.
Lelaki yang kacak.. tidak akan menyakiti hati wanita.. tidak akan memukul wanita meskipun isterinya.. kerana dia takot pada balasan Allah..
Lelaki yang kacak.. tidak akan menghabiskan duit wanita untuk kepentingan diri sendiri.. tidak akan mencuri hak orang lain.. tidak akan meruntuhkan rumahtangga orang lain.. kerana dia takot pada balasan Allah…
.
Tetapi…
.
Lelaki yang kacak.. tidak akan melupakan Allah.. tidak akan sesekali ingkar pada perintah Allah.. seorang yang taat pada Allah dan Rasul-Nya… kerana dia mengimpikan syurga Allah..
.
Lelaki yang kacak..  sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan seharian.. sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi.. sentiasa berserah pada Allah..
.
Lelaki yang kacak.. sentiasa bersabar ketika menghadapi ujian dari Allah.. tidak akan putus asa untuk mengharungi segala ujian yang diberikan.. tidak akan pernah menyalahkan Allah..
.
Lelaki yang kacak.. akan menjadikan jihad fisabilillah sebagai matlamat dalam hidupnya..
.
Lelaki yang kacak.. akan selalu memohon ampun kepada Allah atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan samada dosa kecil mahupun besar.. sengaja atau tidak sengaja..
.
Lelaki yang kacak.. sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.. sangat takut melakukan dosa kerana dia tahu akan balasan yang akan diperolehi di akhirat kelak..
.
Lelaki yang kacak.. tidak akan mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.. selalu bertawakal kepada Allah dalam mengharungi kehidupan sehariannya..
.
Lelaki yang kacak.. sentiasa menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka.. tidak akan memutuskan silaturrahim sesama saudara mahupun sahabat..
.
Lelaki yang kacak.. sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran..
Lelaki yang kacak.. sangat kuat memegang amanah… sangat berpegang pada janjinya dan menjaga rahsia kaum keluarga dan sahabat handainya..
.
Dan lelaki yang kacak juga.. seorang yang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah..
.
Itulah ciri-ciri seorang lelaki yang benar-benar kacak.. bukan kacak di mata manusia sahaja malah kacak di mata Maha Pencipta.. seorang yang mendambakan syurga di akhirat nanti..

♥ ANDAI LELAKI TAHU ♥





Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥ 

Friday, April 13, 2012

Cinta , Sayang , Minat Dan Suka ...


 



Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita . Segala apa yang kita buat , kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh-bolehnya tak nak sakitkan hati dia . Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. 
    (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi .. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je )


Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita . Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.
     (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dengan masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya .. )


Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar . Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut habis terburai .. haha . Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu …
     (dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita . Kita akan suruh dia diam sekiranya tekak kita dah nak pecah ! hakhak .…)


Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. 
      (dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat , peribadi atau barang yang kita mahukan)



p/s : Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita .. tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita



Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.

Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

Ketahui Bagaimana Cara Menjaga Hubungan Antara Anda Dan Pasangan Anda




                Ada sesetengah pasangan mudah untuk menjalinkan hubungan dan ada juga yang susah untuk menjalinkan hubungan dengan pasangan mereka tetapi adalah lebih susah sebenarnya untuk menjaga hubungan antara anda dan si dia dimana untuk menghasilkan hubungan yang berkekalan dan bahagia setiap individu itu perlu memahami apa yang pasangan inginkan dan bertolak ansur.
           Adalah sesuatu yang sangat normal jika anda dan pasangan anda mempunyai pandangan berbeza dalam sesuatu pendekatan. Ini kerana, anda dan pasangan anda datang dari cara dan latar belakang yang berbeza dipupuk dari kecil hingga besar oleh keluarga masing-masing jadi tidak pelik jika ada perbezaan pendapat antara anda dan pasangan anda.Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk menjaga hubungan antara anda dan pasangan anda supaya hubungan anda dengan si dia lebih intim dan seterusnya berkekalan. Berikut adalah cara yang boleh anda gunakan untuk menjaga hubungan antara anda dan pasangan anda.

  • Komunikasi


Asas yang paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi. Ia seperti juga bercakap dalam telefon apabila talian anda putus, anda tak dapat berhubung dengan pasangan anda. Dengan komunikasi yang baik, anda dapat menyampaikan mesej serta maklumat yang jelas pada pasangan anda dan seringkali berlaku perselisihan kerana masalah komunikasi, salah dengar dan salah faham.

  • Hormat dan dihormati

Untuk dihormati oleh pasangan anda, anda perlulah menghormati pasangan anda terlebih dahulu. Hormati pasangan anda dan jangan sekali-kali memperkecilkan dirinya. Cakap dengan nada yang sopan supaya pasangan anda rasa tenang dan rasa dihormati oleh anda.

  • Tunjukkan kasih sayang

Sering beri alasan mengatakan diri anda tak romantik. Anda pernah dengar dengar pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” ? Dah anda suka dah sayang pada pasangan anda, tunjukkanlah perasaan kasih dan sayang padanya supaya dia boleh merasa kehadiran anda. Ada juga yang sering kali memberi alasan, “Tak perlulah romantik sangat”.
Bagi pasangan suami-isteri itulah perkara yang paling penting dalam membina sebuah keluarga, dengan mempamerkan kasih sayang pada pasangan masing-masing. Tak rugi satu sen malah anda sendiri akan rasa untung.

  • Memberi salam

Ini mungkin nampak terlalu remeh, tetapi inilah antara perkara yang mengeratkan hubungan anda dan pasangan anda. Salam itu satu doa, dan apabila anda beri salam pada pasangan anda, ia merupakan doa buat dirinya dan yang lebih indah buat pasangan suami isteri, apabila bersalaman maka gugur dosa kedua-duanya.

  • Ambil Hati

Buat apa yang pasangan anda suka, belajarlah mengambil hati pasangan anda, kalau dia sukakan coklat, belikan dia coklat, bahagianya bila melihat pasangan anda tersenyum gembira. Dan sekiranya anda pandai memasak, belajar dan masakkan makanan kegemarannya. Orang putih kata “The way to a man’s heart is through his stomach
Kalau pasangan anda meminati memancing dan tidak pulak anda, berilah dia peluang untuk pergi memancing, dan bagi yang perempuan apa salahnya keluar sekali sekala shopping dengan kawan-kawan anda sendiri. Berikan dia ruang untuk di bersendirian atau luangkan masa dengan kawan-kawan.

  • Bergurau

Manisnya kalau si Dia tersenyum, berguraulah dengan pasangan anda cuba jadi seorang yang kelakar dan mampu buat pasangan anda tertawa. Bagi suami isteri, kalau sekali sekala mencuit si isteri bagi melihat pasangan merayu manja macam orang putih kata “it will be the sweetest thing to share a smile 
tetapi jangan gurauan anda itu melampau sangat sampai membuatkan pasangan anda meluat melihat cara anda bergurau. Bergurau juga ada batasnya dan anda perlu lihat situasi pasangan anda sebelum bergurau. Jangan pula pasangan anda baru hilang orang yang tersayang anda pergi bergurau pula dengan dia.
Binalah kebahagian dengan menjaga perhubungan antara anda dan pasangan anda. Sesungguhnya orang yang menjaga hubungan antara dia dan pasangannya adalah orang paling gembira dan bahagia. 

Template by:

Free Blog Templates