Tuesday, March 5, 2013

NASIHAT PERKAHWINAN ..

NASIHAT PERKAWINAN 

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan Anda, kerana Anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila Anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahwa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami Anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami Anda 100% dan cintai anak-anak Anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Thursday, February 21, 2013

20 TIPS BAGAIMANA NAK LUPKAN EX ..


1.cuba jauhkan diri daripada dia..
2.jangan cerita tentang dia kepada kawan2..
3.cuba fikirkan kejahatan dia kepada kita..
4.buang nombor dia dalam hanset kita..
5.cuba fikir tentang hal lain,jangan fikir tentang dy..
6.cuba cari orang lain,yang boleh membuat kita gembira..
7.sibukkan diri..
8.kalau terserempak dengan dia,jangan pndang dy,buat tak tahu 
  je..
9.jangan banyak termenung,mngkn kita akan teringatkan dia..
10.buang dia dari friend facebook..
11.jangan contact or mecej dia..
12.cuba cari ayat yang boleh korang kuat lupakn dia,apabila korang teringat kan dia..
13.tumpukan perhatian korang kpada hal yng lain..apabila korang teringatkan dia..
14.cuba korang hang out dngn membe2,enjoy!!,mngkn dmi sdikit korang boleh lupakan dia..
15.jangan fikir dia tu bermakna bagi kita,fikirlah yng dia yng buat kita terluka..
16.kalau korang ada picture dia,BUANG,jangn smpan..
17.carilah kelemahan dia,yng akan buat korang bencikan dia..
18.buang barang ynag pernah dia bagi kat korang..
19.jangan dengar lagu yng sedih sampai korang teringatkan dia,buka lagu yng hapy2..
20.akhir sekali,cubalah korang lupakan kenangan korang dengan dia,mmg la sukar,lagi2 kalo kenangan manis korang kan,pasti korang trsenyum kalau korang fkirkn kembali,tapi berkorbanlah..untuk melupakan kenangan tu,supaya korang tak merasa,kesakitan dalam hati korang..

Yakinlah pada diri korang sendiri..tiada sesiapa yang boleh tolong korang untuk korang lupakan orang yang korang cintai..hanya diri korang saje..orang lain mngkn boleh bagi korang tips2 untuk lupakan dia..tapi korang kene usaha sendri untuk ikut tips2 tu..tapi kalau korang rase korang kuat lagi untuk bertahan memikirkan dia..bertahan lha..mngkn keajaiban akan berlaku!!semuanyer brgntung pada diri sendiri


Tuesday, February 19, 2013

Meletakkan Status "IN A RELATIONSHIP WITH"..







Apakah makna yang tersirat di sebalik status "in a relationship with"?
Adakah ia haram atau merupakan satu andaian "ZINA INTERNET"?
Adakah ini salah satu cara orang Yahudi mengalpakan orang Islam dan apabila berterusan ia akan mengundang bala daripada Allah tanpa kita sedari telah melakukan kemurkaanNya?

Soalnya salahkah? Kenapa pula benda macam ni pun nak dijadikan isu?

KERANA KAMU ADALAH CINTA HATIKU

"In a Relationship With" sama maksud dengan "bercouple dengan" atau "bercinta dengan". Tak kisahlah couple islamik atau tidak.

Biasanya yang buat status ini mungkin :

1. Jujur
2. Suka berterus terang
3. Tak nak orang lain ganggu pasangan dia
4. Serius sangat dalam perhubungan mereka
5. Bangga dapat bercouple dengan si dia
6. Nak tunjuk dekat semua orang bahawa dirinya sudah berpunya
7.Atau mungkin ada jawpan mereka yang tersendiri

Anda boleh pilih, anda yang mana satu?

KELIRU DENGAN ISTILAH "IN RELATIONSHIP"

Kalau golongan alim berkata "bercouple tu berzina" pasti ramai yang melenting!

"Ape pasal pulak?????"
"Ah!!! Sudah! Tak abes-abes nak menghukum tak tentu pasal"
"Jumud! Sempitlah pemikiran kau ni. Bercouple je, bukannye buat ape pun"
"Alimlah sangat. Tu dah melebih.

Banyak lagi perkara-perkara wajib yang lain kita boleh sebarkan. Pasal status ni pun nak kecoh!"

Kalau yang versi bernada baik :

"Ish ish ish..Takkan laa sampai status 'in a relationship with' pun kita nak teruskan isbatkan sebagai zina. Boleh jadi 'in a relationship' tu dah bertunang ke, dalam proses bertunang ke. Berhati-hati la dengan was-was syaitan. Walaupun niat asal kita baik, tapi jika tak berhati-hati, kita terjebak dengan tipu daya syaitan akibat sikap melampaui batas. Semoga Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita. Allahu a'lam"

Apa pendapat anda? Anda rasa bagaimana? Salahkah?

FAHAMILAH : ISLAM ITU CANTIK

Isunya,kita semua sudah sedia maklum rata-rata pengguna FB meletakkan status "in a relationship with" adalah bercouple di usia remaja. Lingkungan umur seawal usia 7 tahun (darjah 1) hingga 30-an (dah bekerja tapi belum kahwin lagi).

Peringkat umur seawal 8 tahun hingga 20-an adakah golongan yang sedang dalam proses berkahwin?Sudah mampu untuk berkahwin? Sudah bersedia untuk berkahwin?Serius untuk berkahwin atau sekadar suka-suka?Wallahualam..

Dan cuba anda kaitkan :

Kenapa Islam suka sangat "menjaga tepi kain" umatnya?Kenapa Islam terkenal dengan ayat 32 surah al-israa “Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya itu adalah perbuatan yang keji, dan itu adalah perbuatan yang buruk”?Bukankah bercouple mendekati dan menghampiri zina?Bukankah kaedah mencegah lebih baik daripada merawat?

“Bermula dengan ruang chatting di internet, bertukar-tukar mesej prihatin dan nasihat, berpindah kepada ungkapan sayang dan perhatian, naik taraf kepada lonjakan keinginan untuk bertemu, dimulakan dengan makan minum mengambil angin, diuji dengan sentuhan tangan dan berakhir dengan ZINA.”

MANA SATU YANG WAJIB?

"Alimlah sangat. Tu dah melebih. Banyak lagi perkara-perkara wajib yang lain kita boleh sebarkan. Pasal status ni pun nak di jadikan isu!"

Apakah yang dimaksudkan dengan perkara-perkara yang "wajib" disebarkan?
Ilmu akidah? Solat? Soal ketuhanan dan keimanan? Ibadah? Adakah hanya menyebarkan ilmu dan perkara-perkara yang wajib hanya tanggungjawab si alim?

Pernah dengar istilah "zina hati" tak?

"Apabila kita asyik merindui pasangan kita, sentiasa berfikir mengenainya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayang dan keramahannya, kelembutannya dan betapa kecintaan kita kepadanya, atau kecintaannya kepada kita, maka zina telah berlaku, walaupun tidak bersua dari segi pancaindera. Semua itu menimbulkan bintik hitam dalam hati kita".

Allah memerintahkann kita, supaya jangan mendekati, bukan jangan buat. Maksudnya, nak dekat pun tak boleh, apatah lagi buat. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Di sinilah zina hati menjadi perkara yang besar untuk kita, kerana zina hati adalah kesan dari kita mendekati zina.

Bagaimana, anda setuju? Berlapanglah dada untuk sama-sama menginsafi.
Bukankah Islam itu sangat baik, sangat menjaga umatnya walau seremeh-remeh perkara?

ZINA : MENGELAK FITNAH

Pertanyaan :

"Adakah jatuh zina ke atas individu yang menukarkan status daripada "single" kepada "in a relationship with" jika dia punya reason tersendiri? Atas niat untuk mengelakkan diri daripada lalai dan alpa dengan menggunakan status "single" mahupun "in open relationship".

Jadi bakal pemimpin yang akan memimpin bahtera kelak lebih bersedia, berjaga-jaga dan berwaspada daripada sebarang godaan.

Bermakna bagi mereka, status-status tersebut membutakan mereka terasa yang mereka punya komitmen dan memikul tanggungjawab untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik supaya lebih bersedia kelak".

Sama juga. Jika masih "berdegil" dan obses sangat untuk menggunakan status "in a relationship with" mahupun "open relationship", silakan.

Tapi, macam biasa. Hidup mesti berprinsip. Bebas tidak bermakna terbabas.
Perlu melihat kepada niat, waqi' (situasi semasa atau tempat) dan kemudharatan, adakah fitnah akan berlaku?

LANGKAH PALING BIJAK

1. Guna status "in a relationship with" sama gender
2. Guna status "in a relationship with" berbeza gender tetapi MAHRAM
3. Guna status "married" atau "divorced"
4. Tak payah letak apa-apa status.
5. Pandangan anda?

Mohon maaf jika ada bahasa yang agak kasar dan kurang menyenangkan..bukanlah niat untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini.Sekadar ingin memberi nasihat dan peringatan sahaja...Semoga kita semua berusaha untuk menjadi manusia yang berjaya dalam menggapai redha ilahi.Insyallah..

Cinta Kerana Allah Atau Kerana Nafsu.?

          


          Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

         Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

         Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat. Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

         Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. 


         Begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

        Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untuk membuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

          Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami

        Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri, kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

        Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

         
Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

       Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

       Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

       Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

Thursday, May 10, 2012

Ian plant landscapes | Best Photo Site

Ian plant landscapes | Best Photo Site

Monday, April 16, 2012

Cara Menjawab Telefon Paling Kerek ..haha~









1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.

2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.

5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap

9. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?

10. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)
.
p/s : Jom share dengan rakan-rakan facebook anda

jaga kata-kata dan jaga tindakan







Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni” Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! jangan kacau aku” Pad...ahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. siapalah nak kahwin dengan kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

Bila jumpa status ni, orang akan baca dan membiarkannya begitu sahaja. Padahal kita tak tahu dengan SHARE atau COPY benda ni kita dapat memberi kesedaran kepada orang lain sekaligus diri kita sendiri.

P/S : Kesimpulannya, jangan terlalu mudah membuat andaian... Jaga minda, jaga kata-kata dan jaga tindakan..JAGA HATI :)

Template by:

Free Blog Templates