mengekalkan hubungan jarak jauh ..
HOllA….
Memandangkan kemasukan ipta and so on da bermula.. so.. aQ rase mesti ade yg 'partner' korng yg continue study .. so.. nk ringaskan cerita.. kali ni aQ nak share sikit tips tentang bagaimana untuk menjaga hubungan jarak jauh agar terus
berkekalan malah lebih hebat daripada keadaan sekarang.
p:s/act aQ pun tengah try gak na guna pakai tips ni.. x
salah aku nk share ngn korang kan..? hiii
Sebagaimana yang kita tahu, cinta antara dua
insan hendaklah mempunyai penghubung atau ‘connector’ yang menyambung kedua-dua
hati mereka.
Jadi
persoalannya sekarang, bagaimana kita hendak mengekalkan
hubungan jarak jauh?
Jawapannya adalah kita perlu sentiasa mendail
nombor hati pasangan kita dan menghubungi mereka selalu
Berikut adalah tips cinta ringkas untuk mengekalkan hubungan cinta jarak jauh.
1) Usahakan untuk berjumpa
walaupun sekejap.
Ya, kalau boleh selagi kudrat masih ada, selagi
sihat dan selagi ada wang, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang
nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan recharge
balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua.
Rindu…..Jumpa. Rindu….Jumpa. (Berjumpa mengikut
batas-batas moral dan agama ya )
2) Sentiasa mengingatkan diri
agar terus setia pada pasangan.
Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak
kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri. Kita asyik
berfikir “Ah mesti dia ada lelaki lain kat sane, sia-sia je aku setia” , ”
Betul ke hubungan ni boleh di bawa ke jinjang pelamin nanti? Cari sini lagi
best.” dan ______________(isi tempat kosong).
Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di
dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang ketakutan dan
percaya pada diri anda dan juga pasangan.
3) Beri kejutan kepada pasangan
anda
Hubungan yang sudah lama sering bertukar
menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah ‘selesa’ dengan
perbuatan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan
maintain macho, pakai wangi-wangi, rambut sikat kemas dan macam-macam lagi
perkara yang control.
Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda
perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus
mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda.
Okay, harap anda boleh praktikan tips cinta
ringkas pada posting kali ini.
Ingat, jika anda hendak mengubah situasi
hubungan anda, anda harus berani bertindak bukan hanya merancang tanpa sebarang
tindakan susulan. Nasib hubungan anda terletak pada keputusan anda.
RENUNG2 KAN & SELAMAT BERAMAL . KIH3..