Thursday, August 25, 2011

:Antara C.I.N.T.A dan S.U.K.A::


:Antara C.I.N.T.A dan S.U.K.A::
Air Tangan Si Puteraz
Antara Cinta dan Suka.. Apa perbezaannya? Kadangkala kita sendiri tak dapat membezakan perasaan kita.. Suka ke? Cinta ke? Entah lar.. Harap selepas ini, korang dapat membezakan cinta dan suka

Di depan orang yang kita cinta
hati kita akan berdegup kencang dupdapdupdap... 
Tapi
Di depan orang yang kita suka
hati kita akan gembira... 


Di depan orang yang kita cinta
rasa macam di musim bunga... 
Tapi
Di depan orang yang kita suka
rasa bayu meniup sahaja... 


Kalau kita merenung mata orang yang kita cinta
kita akan kaku dan terpesona... 
Tapi
Kalau kita merenung mata orang yang kita suka

kita akan tersenyum dengannya... 


Di depan orang yang kita cinta
nak berkata-kata punyalah susah... 
Tapi
Di depan orang yang kita suka
kita bebas nak cakap apa-apa pun... 


Di depan orang yang kita cinta
semua nak control... 
Tapi
Di depan orang yang kita suka
kita akan jadi diri sendiri... 



Bila orang yang kita cinta menangis, 
kita pun menangis sama... 
Tapi
Bila orang yang kita suka menangis, 
kita akan cuba buat dia gembira... 


Perasaan cinta bermula dari mata..
Perasaan suka bermula dari telinga... 


Kalau kita berhenti menyukai orang yang kita suka
Umpama kita membuang telinga kita..
Tapi
Kalau kita cuba menutup mata,
Cinta berbuah menjadi airmata..


Semua orang pasti akan mengalami situasi macam nie..
Jadi, fikirkanlah siap yang kita cinta dan siapa yang kita suka..
 ye~~~

Wednesday, August 24, 2011

10 sebab perempuan x respect lelaki

 

10 sebab perempuan x respect lelaki
1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.


6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..
                                                             

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.


p/s: ni untuk suka2..tak semua lelaki macam ni..n bkn semua lelaki ada semua ciri2 ni..dalam dunia ni ramai lagi lelaki yang baik2..huhuhuhu.. MACAM Aq.. HAHAHA .. perasan~~
 HAHAHA... RENUNG2 KAN DAN SELAMAT BERAMAL . KIH3

Wednesday, August 17, 2011

letih




Letih..
LETIH..!!!!
Rasa-rasanya sudah cukup menggambarkan MCM mana situasinya.
Namun perlu ke kita mengalah atau ikut saja hawa nafsu kita yang menyuruh kita rehat sementara ?  TIDUR .. Ya……itu memang jawapannya.Kita bukan robot…nak buat itu ini.Kita ni manusia.Sekalipun robot di suruh buat kerja itu ini,dia pun reti short jugak ! Ada betul? HAHAHA..!
Cakap pasal letih..sebenarnya aQ rasa sangat penat sangat minggu ini(mungkin ni bulan puasa).tp tu bukan alasan untuk aQ kalah dengan ujian ni... Assigment, test, homework, ..huh!!  Belum lagi termasuk dengan kehidupan seharian termasuk juga nak update blog ni.Ho ho ho..banyak betul ye dugaan kalau nak sahut cabaran mamat titan ni.Namun…….akan tetap ku sahut juga..!
Apa perlu buat?Okeys.. tabahkan diri untuk terima ujian ni.. TERUTAMANYA NI KT BULAN RAMADHAN .. mungkin ada hikmah disebalik nyer.. huhu .. 
PENAT! 

                                       

Haaaaaaaaa….Apa korang fikir ha? Yellowpages ka ? Amboi3…Pantang nampak kuda..Nafsu korang bila tengok gambar ni pun sudah bertukar serupa kuda aaa.Jangan ambil pil kuda..! Nanti binasa.Ambilah syabu..pun cukup memadai.. haha…!! sudah..Ho ho ho..Apa yg Aq merepik2 di waktu hari ni…Mungkin disebabkan penat…Oit……penat 
buat kerja amali di dalam menuntut ilmu ye.Bukan kerja-kerja “an” di dalam bilik.Hehe…….Haissshhhhhhhhhhh…Dah2 apa yang korang tengok lagi gambar kuda tu ! Kuda tu tengah letih la..apa salahnya peluk pasangan or partner dorang mcm tu! Takkan korang nak suruh kuda ni terlentang,terkangkang n peluk mcm manusia plak..Eee tak logik betul la korang ni..Asik yellowpages aje..Huh =p

Wednesday, August 10, 2011

kelebihan solat tarawih :)



1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih,
serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
 Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
        26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur. 
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


kepada saudara2 ku .. gunakanlah kesempatan yg di beri Nya pada bulan Ramadhan ini dengan sebaik2nya.. kerana belum tentu tahun hadapan kita bole mendapat ganjaran amal yang sedemikian ..
selamat beramal .. :)

Template by:

Free Blog Templates